Tuesday, April 21, 2009

What Is Lakum?

Aku banyak kali jumpa soalan-soalan ni.

"Mana dapat nama Lakum ni?"
"Menatang apa Lakum ni?"
"Best sangat ka benda Lakum ni?"
"Lakum ni nama game ka?"
"Bleh makan ka Lakum ni?"

Okeh...ni aku crita sikit pasal Lakum.

Ni nama dia pokok Lakum.


POKOK LAKUM yang kadang-kadang dikenali sebagai ubi kertas adalah sejenis tumbuhan yang kaya khasiatnya dalam perubatan herba. Biasanya permukaan bahagian bawah daunnya yang muda berwarna putih melepak dan bila sudah tua ia bertukar menjadi coklat.
Tumbuhan yang mempunyai daun yang bergerigi di bahagian tepi ini adalah sejenis tumbuhan yang memanjat dan menjalar.

Menurut Renjer di Bahagian Tumbuhan Ubatan Herba Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Baharuddin Alias, pokok yang dalam botaninya dikenali sebagai Vitis diffusa ini mempunyai khasiat yang baik.

Berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan herba, tumpuan khasiat pokok ini tertumpu pada daun dan ubinya.

“Lakum sesuai untuk perempuan selepas bersalin dan kanak-kanak yang mengalami bisul atau kudis yang tidak mempunyai mata,” katanya.


Okeh...tu pokok Lakum. Dari pokok ni la satu Felda mendapat nama. Iaitu Felda Lakum.

Terletak dalam daerah Temerloh, Pahang.
Wikimapia

Dalam Felda ni ada satu sekolah rendah. Iaitu Sekolah Kebangsaan LKTP Lakum (singkatan SK Lakum ja).

LKTP = Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau dalam bahasa Inggeris, Federal Land Development Authority atau lebih famous dengan nama FELDA.

Dalam sekolah tu la aku bekerja. Dari nama tempat ni la aku dapat nama untuk nick, username, gamertag dan sebagainya. Kalo info kat atas, Lakum tu nama pokok dan nama Felda, Lakum aku ni apa benda plak?

Ha, ni Lakum yang korang kenal.

(ada terselit dalam tu)

Apa hobi aku?

Main game la...apa lagik. Hehehe...

8 comments:

steellusion said...

huuahauaua... at last smua persoalan apakah?siapakah? lakum dah terjawab ....

Lakum said...

Hahahaha....

Tadi ada kelapangan. So buat la benda nih. Hehehe..

LeePast said...

lakum = cikgu terlampau

LeePast said...

ooopsss lupa tambah....cikgu terlampau gilakan video games :P

Lakum said...

Hampeh. Jaga oit. Ni bacaan umum. Huhuhu...

Jack said...

hang ingat dak.. time hang mai umah aku dulu.. ada kita nak register 1 forum tu... dok pikiaq nak boh nama pa.. haha.. then trus terkeluaq nama LAKUM.. haha.. ala forum orang2 tua tu

Lakum said...

Muahaha.... Tapi tak boh nama tu pun. Heheheh...

Unknown said...

nanti dapat anak hang boh nama dia lakum.