Sunday, December 28, 2008

EA closing Black Box Studio

Erm...EA nak tutup Black Box Studio, studio yg buat game Need For Speed series. Ada kena mengena dengan game Undercover yg tak best tu la kot.

Unfortunate news out of Electronic Arts today as the company announced a "restructuring plan" which boils down to a 10% work force reduction -- amounting to 1,000 people -- and the closure of EA Black Box, the developer best known for Need for Speed and Skate.


For more reading go to 1up

Monday, December 22, 2008

Brutal Legend

Jack Black?

Ya...Jack Black dalam game Brutal Legend. Game ni kuar kat Xbox 360 dan PS3. Akan kuar Q3 2009. Bila tu?



Erm...heavy metal action adventure :P

Grand Theft Auto IV: The Lost and Damned

Camna leh lupa nak post info nih. Game kegemaran aku kembali lagi dengan episodic content. Downloadable via Xbox Live.Ya..only on Xbox 360!! Tengok trailer dulu......



Sempoi eh? Dengan music talent dari Sepultura (Dead Embryonic Cells) yg membangkitkan jiwa! Episode tambahan ni akan keluar 17 Februari 2009 nanti. Maybe dengan harga 1600 ms point. Paling mahal stakat ni untuk downloadable content. Erm....maybe aku beli. Hehehehe....

Thursday, December 11, 2008

Prince of Persia



Okeh, ni game baru aku. Baru start semalam. Apa yg aku bleh kata, game ni sempoi...easy rider....cun.


Prince baru. Dengan grafik element cell shading yg cun, environtment yg cantik, game ni memang susah gak nak stop bila aku mula main smlm. Tapi ngantuk...kul 3.30pg kena stop gak la. Prince baru ni lain dari Sand of Time series sebelum ni. Character dia pun lain mcm sikit. Agak lawak dia punya dialog. Kisah dia mulanya Prince ni pi ke deset utk cari Farah, donkey dia. Hehehe. Pastu dia terjumpa dgn Princess Elika yg cun kat bawah ni.


Ni Princess Elika. Dalam game ni mmg dia banyak membantu Prince la. Aku skali pun tak mati lagi stakat ni. Kalo nak jatuh gaung pun, Elika akan tarik kita. Elika ni ada magic power. Syok gak la. Cakap banyak pun takleh...main tak abis lagi.

Aku rasa game ni agak mudah stakat ni. Prince skali pun tak mati lagi sebab Elika asik tolong. Dia punya nyawa pun auto regenerate. Kalo Prince dah terhumban atas tanah dan musuh nak bunuh dia, akan ada button sequence. So bila tekan button yg betul...selamat lagik. Achievement pun mudah nak dapat. Baru je main dah dekat 200 point. Tapi aku rasa nak dapat 1000/1000 point susah kot sebab melibatkan kutip light seed. Jenis kutip2 ni aku malas skit.

Yg aku cakap mudah tu, melibatkan control game ni. Bila nak buat wall running, tekan ja button A pastu tayah hold pun button tu. Lepas tangan pun boleh. Cuma kena tekan semula bila nak jump lepas wall running tu. Tak mcm dulu kan? Segalanya jadi mudah skit.

Erm...tu ja la kot. Sapa yg tak main lagik....pi la beli.

Wednesday, December 10, 2008

New display

Lupa plak, PC Fair kat Penang minggu lepas (5/12/2008 Jumaat) aku pi beli LCD monitor baru. Nak merasa Full HD 16:9 gak. Mula2 target nak beli BenQ E2200HD. Kat lowyat.net ada orang jual dalam RM675 + shipping tapi stok takda. So aku pi la jenguk ke PC Fair di PISA.

Sampai sana, usha2, satu kedai ja ada jual brand BenQ 16:9, tapi bukan E2200HD, dia ada T2200HD. Model ni takda port HDMI. Harganya mahal lak tu, RM689. Mak aiii...lagi mahal dari E2200HD kat KL. So aku jalan lagik.....

Aku terlintas kat satu booth tgk amoi kat situ. Blakang amoi tu ada satu monitor dok display movie HD. Pi la dekat. Monitor tu brand Samsung 2233SW. Saiz 21.5". Max resolution 1920x1080 yakni 16:9. Harga RM599 free pendrive 4GB. Spec sama dgn T2200HD tapi murah lagi, dan aku lagik suka Samsung. So apa lagik. Sapu ja la.





Sempoi utk PC dan Xbox 360 aku. Main Xbox 360 dah tak stretch. Benda yg bulat dah nampak bulat. Full screen lak tu sebab 16:9. Kalo kat Dell 19" aku sebelum ni, lepas update NXE, ada resolution 1440x900, pakai yg tu kat 19" mmg cun. Tak stretch tapi ada black bar atas dan bawah. So dgn Samsung 16:9 baru ni, display jadi full screen dan tak stretch dengan resolution 1920x1080 (Full HD 1080p)

p/s: Pictures taken with PSP :p

Tuesday, December 9, 2008

Aidiladha

Raya...raya...raya...

Arini aku dok umah ja. Baru nak on game, ada budak mai. Pastu ujan. So tarak budak mai, aku on la balik. Pastu member aku call plak suruh pi umah dia. Aku pun pi la sat....

So malam ni aku layan game, sampai ngantuk dah ni. Erm...esok lak sambung. Layan game baru NFS Undercover. Tak best, Midnight Club L.A lagik best. Dah beli...main gak la.

Apa2 pun...Selamat Hari Raya Aidiladha...!!

Thursday, December 4, 2008

Cuti-cuti Malaysia

Huh....panjang aku bercuti. Ke pantai timur lepas register kat kampus utama OUM KL. Ni ada sikit-sikit gambar....


Bawa parent jalan2 naik LRT pi KLCC.



Tol Gombak.




Kuantan.



Kuala Terengganu.




Kota Bharu.