Wednesday, January 28, 2009

Cuti, kenduri, bot karam?

Lama tak update. Chinese New Year aku cuti tak sampai seminggu, tapi sempat gak la enjoy2. Sabtu lepas (24/01/2009) ada kenduri kawen kat umah aku. Syok + penat gak. Bukan kenduri kawen aku....abang aku daa. So penat gak la melayan soklan "hang bila lagik?".

Pastu isnin on CNY tu aku ikut abang aku pi mancing kat laut. Naik bot. First time. Gabra gak...takut mabuk laut. Alhamdulillah ok ja. Tapi ada gak kes gabra....bot nak karam!!! Kami pi dengan 2 buah bot, 9 org semuanya...satu bot kayu..satu lagik bot fibre. 5 org naik bot kayu. Aku naik bot kayu. Bot kayu tu ayaq masuk plak....laju. Tgh aku melayan angin sambil tengok panorama pulau...tiba2 tekong jerit "pi depan semua!! pakai jaket!!"

Aduh...dah la tu 1st time aku ikut...jadi mcm tu plak. Abg aku naik bot fibre lak tu (yg satu lagik). Nasib baik telefon ada line kat situ (Celcom mmg power), aku punya maxis dah jadi tukun dalam beg. Kami capai apa2 yg boleh guna utk ceduk air keluar dari bot tu. Mmg gabra gak la.

Dah dapat call bot satu lagik...dalam 10 minit lepas tu depa pun sampai. Lega skit. Then suma 9 org naik bot fibre yg kecik tu. Bot kayu tu terus balik ke pengkalan. Kami terus gi mancing gak...10 org dalam bot kecik skali dengan tekong. Hehehe... Aku ada amik video dengan PSP aku. Nanti lepas edit sikit2 aku up...

Erm....terasa mcm nak tukar ke Celcom le plak :D

0 comments: