Wednesday, December 10, 2008

New display

Lupa plak, PC Fair kat Penang minggu lepas (5/12/2008 Jumaat) aku pi beli LCD monitor baru. Nak merasa Full HD 16:9 gak. Mula2 target nak beli BenQ E2200HD. Kat lowyat.net ada orang jual dalam RM675 + shipping tapi stok takda. So aku pi la jenguk ke PC Fair di PISA.

Sampai sana, usha2, satu kedai ja ada jual brand BenQ 16:9, tapi bukan E2200HD, dia ada T2200HD. Model ni takda port HDMI. Harganya mahal lak tu, RM689. Mak aiii...lagi mahal dari E2200HD kat KL. So aku jalan lagik.....

Aku terlintas kat satu booth tgk amoi kat situ. Blakang amoi tu ada satu monitor dok display movie HD. Pi la dekat. Monitor tu brand Samsung 2233SW. Saiz 21.5". Max resolution 1920x1080 yakni 16:9. Harga RM599 free pendrive 4GB. Spec sama dgn T2200HD tapi murah lagi, dan aku lagik suka Samsung. So apa lagik. Sapu ja la.





Sempoi utk PC dan Xbox 360 aku. Main Xbox 360 dah tak stretch. Benda yg bulat dah nampak bulat. Full screen lak tu sebab 16:9. Kalo kat Dell 19" aku sebelum ni, lepas update NXE, ada resolution 1440x900, pakai yg tu kat 19" mmg cun. Tak stretch tapi ada black bar atas dan bawah. So dgn Samsung 16:9 baru ni, display jadi full screen dan tak stretch dengan resolution 1920x1080 (Full HD 1080p)

p/s: Pictures taken with PSP :p

0 comments: