Friday, May 29, 2009

Happy school holidays!

Yeah, cuti sekolah tiba kembali. Bermula dari 30/052009 hingga 14/06/2009!


So apa planning cuti kali ni? Xbox360 plak buat hal..... :(

So leepast nak buat open house ka? Bleh la jamming nanti. Aku bawa set aku. Rock On!!

Wednesday, May 27, 2009

Minggu peperiksaan

Minggu ni minggu peperiksaan bermula dari 25/05/2009 hingga 28/05/2009.


Macam tengah meniru ja bebudak nih.....








Garang btoi cikgu ni. Nampak mcm bagi ceramah pun ada. Mesti cita-cita nak jadi wakil rakyat nih.

Dengan adanya peperiksaan ni..sudah semestinya minggu depan cuti. Yahooooo!!!

Friday, May 22, 2009

Sambutan Hari Guru 2009 SK Lakum

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah SK Lakum telah diadakan pada Khamis 21/5/2009. Acara yg ditunggu-tunggu setiap tahun oleh semua guru. Best woo...hahaha...

Kali ni tadak acara sukan macam tahun-tahun lepas (bola sepak, bola baling, bola jaring dll). Ada acara sukaneka ja. Tapi tiap-tiap tahun mesti ada kontroversi gak lah. Banyak penipuan berlaku. Kalo murid2 menipu boleh la cikgu marah...kalo cikgu menipu?


Pasukan yg bermain dengan jujur, dan akhirnya tertewas dengan penipuan yang berlaku. :(


Bersemangat btoi guru besar aku membuat lontaran. Dia baling gelung masuk woo dalam skiter. Hehehe...


Sudden death setelah seri. Pengadil berat sebelah kat geng warna biru gelap. Gelung masuk dalam skiter...tapi skiter terbalik. Tu pun dia kira masuk gak. :(
Tapi off target banyak btoi guru besar aku baling. Hehehe...



Gaya seorang profesional membuat lontaran bagi kena tin. Gaya macam main bowling woo. Kena lak tu. Hehehehe...


Satu lagi penipuan berlaku. Team aku sampai dulu...tapi pengadil tak tengok betoi2. So team merah diumumkan sebagai pemenang.

Ada banyak lagi acara sukaneka ni. Ada 6 semuanya. Semuanya penuh kontroversi.


Dah abis acara padang, masuk dalam dewan. Buat persembahan sikit-sikit. Team aku nyanyi lagu ala A cappella. Aku tak sempat praktis pun. Baru balik kursus kat Kuantan 4 hari sampai Rabu sebelum sambutan Hari Guru ni. Nganga mulut ja la :p


Guru-guru SK Lakum 2009.

Kalau permohonan bertukar aku diluluskan, sambutan Hari Guru ni kira sambutan terakhir aku kat sekolah ni la. Isk....sedih la plak.....

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru


16 Mei 2009
Selamat Hari Guru untuk guru-guru di seluruh Malaysia!!

Thursday, May 14, 2009

Pasukan Belasahan Utama

HAA...SAPA KATA AK...mcm azwan le plak guna caps. Haa..sapa kata aku tak bersukan. Tiap-tiap Rabu malam aku akan pi main futsal maaa....



Tengok tu keganasan muka ahli pasukan aku ni. Hahaha, padahal ni pasukan belasahan utama ni..bukan kesebelasan utama. Memang team aku jadi favourite untuk dijemput kalo team tu nak merasa menang mudah. Hehehe..


(manager melintas court dengan anak kecilnya)

Bagi team yg nak merasa menang mudah tu..sila lah contact saya untuk maklumat lanjut. Kuikuikui...

Saturday, May 9, 2009

Hampeh....




Ni bukan acara pengambaran untuk video klip Pusara Di Lebuh Raya...tapi acara minyak abis kat highway Karak-Kuantan petang semalam. Semenjak aku terlibat dengan dunia permotoran, sejak beroda dua di zaman sekolah lagi...aku tak pernah terlibat dengan aktiviti kehabisan minyak. Tatau la camna benda ni bleh berlaku kali ni. Aku tak teringat langsung nak tengok meter. Jarang sekali berlaku. Nasib baik bukan sorang...kalo tak....tatau laa...

Nasib baik gak dah dekat dengan tol Lanchang. Boleh la call member tolong beli minyak. Dia pun cari la jalan sampai ke tepi highway tu. Jenuh gak la menunggu...kawasan tepi highway tu utan ja. Nasib baik member yg tolong tu agak terer bab-bab hutan ni.

Aku berjanji perkara ini tidak akan berulang!!

Thursday, May 7, 2009

Guitar Hero Metallica FTW part II

Kali ni menutup aurat dengan jayanya. Haha. Aku miss banyak dekat part last. Agak meletihkan lagu ni.

Song: Orion
Difficulty: Expert