Friday, August 7, 2009

Bulan Kecergasan

Bulan Julai lepas merupakan Bulan Kecergasan. Bagi peringkat sekolah aku, banyak acara gak berjalan dalam masa sebulan tu. Ni aku letak sikit....

Senamrobik.

Geng2 cikgu yg berlakon kat belakang bagi nampak pulun sebab guru besaq dok tengok.





Acara ping-pong untuk guru-guru.




Big Walk.






Big Walk ni best gak. Sambil berjalan keliling Felda Lakum ni...sambil makan buah. Lalu ja umah org yg ada buah belambak tu...singgah. Cikgu2 ja la. Huhuhhuhuhu....


Ada lagi acara, Futsal untuk murid2 tapi aku takda time tu. Balik kampung.

Wednesday, July 1, 2009

Alhamdulillah....

Ayah aku selamat menjalani pembedahan bypass saluran jantung pada 23/06/2009. Submit ke wad pada 21/06/2009.


Sebelum operation.

Lepas operation, dia masuk ke C.I.C.U. (Unit Jagaan Rapi Kardiotorasik dalam bahasa Jerman) selama 2 malam pastu keluar ke wad biasa.


Ni lepas sehari masuk ke wad biasa. Bantal kecik kena selalu dok atas dada. Ngeri gak tengok jahitan operate tu. Yang atas kerusi roda tu plak mak aku yg sakit stroke sejak bulan Februari lepas.

Ayah aku dah keluar dari wad pada Isnin lepas 29/06/2009. La ni lepak kat umah abang aku di Penang. Harap-harap kengkawan dapat doakan ayah dan mak aku cepat sembuh....

Terima Kasih....

Thursday, June 18, 2009

The End...



You've been great to me all these years. Two years actually. I'm gonna miss you. Maybe soon I'll get the replacement but for sure I will not forget you.

Sob....sob....

Monday, June 8, 2009

I'm Back?

Setelah hampir sebulan Xbox 360 aku merajuk, akhirnya dapat gak aku pujuk. Tapi tatau la lama mana dia nak ok. Hehehe...

Ni kisah kembalinya dia....


Eh salah. Ni acara membeli durian kat Balik Pulau jumaat lepas. Abang aku dgn ayah aku tu. Thehehehe....

Sabtu lepas, bertempat kat umah leepast. Best gak makan Laksa Johor. Tapi aku tak puas ati awat la dapat nama laksa johor plak padahal dia guna spaghetti? Ok abaikan... Sesambil makan laksa johor tu ada acara bergaming kat umah dia. Best gak la dapat jumpa rakan2 gaming. Aku mintak tolong benji check Xbox aku. Maybe untuk kali terakhir sebelum buat keputusan selanjutnya.




Dah siap dibogelkan. Hehehe...


Benji tengah tekun reapply thermal paste kat heat sink CPU dan GPU. Dah siap pasang...test kat umah leepast. No luck. Still 3rod. Benji pun pesan la kat aku bila balik dia suruh aku overheat CPU...letak kipas kat GPU.

Sampai ja umah malam tu aku trus buat. Overheat CPU. Tapi no luck gak. Aku ubah skit...overheat GPU plak. Letak kipas atas CPU. Dia jadi 2rod. Pastu biaq sejuk....jeng jeng jeng.

Xbox aku idup!!

Tapi takleh run game. Run sat ja dia hang, pastu 3rod balik. Error 0102 gak. Aku tidoq dulu. Pagi nanti buat lain.

Dah bangun pagi aku buat nih plak...

Letak pemadam kat memory chip dia. Aku ada baca kat tenet depa buat camni utk error 0102, so try ja la. Pemadam murah ja.


Dah siap tu Xbox aku tak 3rod dah. Mula2 dia ada hang gak time run game tapi tak 3rod. Aku biar lama skit. Pastu seharian arini aku sibuk...so malam baru dapat test balik. Switch on Xbox aku...biar lama2 skit....nampak boleh ja. Apa lagik...layan CoD4 la. Aku main dari pkul 10 mlm sampai kul 1 pg. Ok ja Xbox nih. Harap lama la skit dia ok macam nih. Hehehehe....

Tapi mata aku sakit sebab guna tv kotak nih. Tak brapa nampak musuh kat CoD4. Susah btoi...

Terima kasih kepada benji dan tak lupa juga buat tuan punya motor yg aku sedut petrol dia sikit utk cuci chip CPU dgn GPU. Huhuhu...motor steel ka?

Friday, May 29, 2009

Happy school holidays!

Yeah, cuti sekolah tiba kembali. Bermula dari 30/052009 hingga 14/06/2009!


So apa planning cuti kali ni? Xbox360 plak buat hal..... :(

So leepast nak buat open house ka? Bleh la jamming nanti. Aku bawa set aku. Rock On!!

Wednesday, May 27, 2009

Minggu peperiksaan

Minggu ni minggu peperiksaan bermula dari 25/05/2009 hingga 28/05/2009.


Macam tengah meniru ja bebudak nih.....








Garang btoi cikgu ni. Nampak mcm bagi ceramah pun ada. Mesti cita-cita nak jadi wakil rakyat nih.

Dengan adanya peperiksaan ni..sudah semestinya minggu depan cuti. Yahooooo!!!

Friday, May 22, 2009

Sambutan Hari Guru 2009 SK Lakum

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah SK Lakum telah diadakan pada Khamis 21/5/2009. Acara yg ditunggu-tunggu setiap tahun oleh semua guru. Best woo...hahaha...

Kali ni tadak acara sukan macam tahun-tahun lepas (bola sepak, bola baling, bola jaring dll). Ada acara sukaneka ja. Tapi tiap-tiap tahun mesti ada kontroversi gak lah. Banyak penipuan berlaku. Kalo murid2 menipu boleh la cikgu marah...kalo cikgu menipu?


Pasukan yg bermain dengan jujur, dan akhirnya tertewas dengan penipuan yang berlaku. :(


Bersemangat btoi guru besar aku membuat lontaran. Dia baling gelung masuk woo dalam skiter. Hehehe...


Sudden death setelah seri. Pengadil berat sebelah kat geng warna biru gelap. Gelung masuk dalam skiter...tapi skiter terbalik. Tu pun dia kira masuk gak. :(
Tapi off target banyak btoi guru besar aku baling. Hehehe...



Gaya seorang profesional membuat lontaran bagi kena tin. Gaya macam main bowling woo. Kena lak tu. Hehehehe...


Satu lagi penipuan berlaku. Team aku sampai dulu...tapi pengadil tak tengok betoi2. So team merah diumumkan sebagai pemenang.

Ada banyak lagi acara sukaneka ni. Ada 6 semuanya. Semuanya penuh kontroversi.


Dah abis acara padang, masuk dalam dewan. Buat persembahan sikit-sikit. Team aku nyanyi lagu ala A cappella. Aku tak sempat praktis pun. Baru balik kursus kat Kuantan 4 hari sampai Rabu sebelum sambutan Hari Guru ni. Nganga mulut ja la :p


Guru-guru SK Lakum 2009.

Kalau permohonan bertukar aku diluluskan, sambutan Hari Guru ni kira sambutan terakhir aku kat sekolah ni la. Isk....sedih la plak.....